My Blog List

My Blog List

Showing posts with label MEE BANDUNG. Show all posts
Showing posts with label MEE BANDUNG. Show all posts

Saturday, 25 January 2014

MEE BANDUNG, SUNGAI NIBONG.

Hi..
Cerita pasal makan lagi dan lagi dan lagi..
Ok kali ini cheesedankejubakar nak cerita pasal mee lagi, kali ini Mee Bandung. Berkesempatan lalu di tempat ni cheesedankejubakar ambil peluang untuk singgah makan di sini. Nama kedai ni SRI BANDUNG SEAVIEW, menu popular di sini MEE BANDUNG. Menu ini memang popular di kalangan orang tempatan di sini.

Sri Bandung Seaview ini terletak di Batu 23 Sungai Nibong, Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan. Kalau dari arah Klang/KL menghala ke Sungai Besar  kedai ini terletak di sebelah kiri,  (kena masuk ke dalam sedikit sebab kedai ini terletak di tepi laut) Simbol Batu 23 tu memang nampak jelas kalau lalu area situ. Senang je nak cari.


                                                   Nama kedai: Sri Badung Seaview
                                                               Mee Bandung Udang



                                                               Menu Tambahan Sate



                                       




Komen cheesedankejubakar:
Mee Bandung tu sedap ada rasa tapi kalau dibandingkan dengan dulu lagi sedap. Sejak pergi 2/3 kali ni rasa kurang umph. Udang pun kecil kalau dulu memang besar, tapi maybe sebab cheesedankejubakar pergi musim tengkujuh/hujan tu yang dapat udang kecil. hihi.
Ada pelbagai lagi menu Mee Bandung di sini seperti Mee Bandung Poktek, Mee Bandung Ketam dan sebagainya. Masakan goreng-goreng pun ada.
Menu tambahan sate tu sedap, daging dan ayam lembut dan rasa perapannya. Kalau berkesempatan ke sini boleh la try sate tu sekali, gerai sate tu memang terletak di sebelah kedai tu je.

Pasal harga pula tak ingat la, sebab pergi sini dah lama dah cuma tak sempat nak update di sini.

Wednesday, 25 December 2013

MEE RACUN BATU PAHAT

Hai...

Cerita pasal Mee Racun pulak. Kesempatan bercuti di negeri Johor ini cheesedankejubakar ambil kesempatan untuk merasa tempat makan yang terkenal dan sedap-sedap di sini.

Ok pasal Mee Racun ni pulak, lokasi berhadapan dengan hotel Pinetree, senang je nak cari.

 Mee Racun 3G,
No 2 Jalan Timah Sari,
 Kampung Kenangan  Dato Onn 1
Batu Pahat.Johor.
(Buka : 7 pagi - 2 pagi)


Rupa-rupanya Mee Racun ni sama dengan mee bandung. Bagi cheesedankejubakar Mee Racun ni ok sedap rasanya. Bagi peminat daging dan mee bandung memang sesuai ada umph!!. Banyak dan penuh 1 pinggan. Cheesedankejubakar ambil yang biasa je , ada telur dadar ,tahu dan daging dalam tu.. Yang special punya ada gearbox sumsum tulang.


Depan hotel Pinetree je kedai ni.
Kedai Mee Racun 3G
Otak -otak pun ada dijual di sini

 Ini dia rupa Mee Racun tu



Kuahnya sedap untuk di hirup.




Cheesedankejubakar tak tau kenapa mee ini di panggil Mee Racun. Ada siapa-siapa yang tau?. Sesiapa yang nak cuba mee bandung ala-ala Mee Racun sila lah ke sini. Sorry tang harga tak ingat la pulak. Tapi tak la mahal.