My Blog List

My Blog List

Saturday, 25 January 2014

MEE BANDUNG, SUNGAI NIBONG.

Hi..
Cerita pasal makan lagi dan lagi dan lagi..
Ok kali ini cheesedankejubakar nak cerita pasal mee lagi, kali ini Mee Bandung. Berkesempatan lalu di tempat ni cheesedankejubakar ambil peluang untuk singgah makan di sini. Nama kedai ni SRI BANDUNG SEAVIEW, menu popular di sini MEE BANDUNG. Menu ini memang popular di kalangan orang tempatan di sini.

Sri Bandung Seaview ini terletak di Batu 23 Sungai Nibong, Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan. Kalau dari arah Klang/KL menghala ke Sungai Besar  kedai ini terletak di sebelah kiri,  (kena masuk ke dalam sedikit sebab kedai ini terletak di tepi laut) Simbol Batu 23 tu memang nampak jelas kalau lalu area situ. Senang je nak cari.


                                                   Nama kedai: Sri Badung Seaview
                                                               Mee Bandung Udang



                                                               Menu Tambahan Sate



                                       




Komen cheesedankejubakar:
Mee Bandung tu sedap ada rasa tapi kalau dibandingkan dengan dulu lagi sedap. Sejak pergi 2/3 kali ni rasa kurang umph. Udang pun kecil kalau dulu memang besar, tapi maybe sebab cheesedankejubakar pergi musim tengkujuh/hujan tu yang dapat udang kecil. hihi.
Ada pelbagai lagi menu Mee Bandung di sini seperti Mee Bandung Poktek, Mee Bandung Ketam dan sebagainya. Masakan goreng-goreng pun ada.
Menu tambahan sate tu sedap, daging dan ayam lembut dan rasa perapannya. Kalau berkesempatan ke sini boleh la try sate tu sekali, gerai sate tu memang terletak di sebelah kedai tu je.

Pasal harga pula tak ingat la, sebab pergi sini dah lama dah cuma tak sempat nak update di sini.

No comments:

Post a Comment