My Blog List

My Blog List

Showing posts with label *KUALA LUMPUR*. Show all posts
Showing posts with label *KUALA LUMPUR*. Show all posts

Tuesday, 13 May 2014

Restoren Patatimo, Wangsa Maju, KL

Assalammualaikum...

Salam makan2 lagi.. Lama dah menyepi baru cuti ni sempat nak update blog kesayangan ni. Kisah pasal makan2 lagi la, Dah blog pasal makan2 mesti la cerita2 pasal makan2 kan???
 
Menu pantai timur lagi, Restoren Patatimo, di Wangsa Maju, KL. Lokasi berdekatan dengan butik Ariani cawangan Wangsa Maju, bersebelahan dengan Restoran Ayers Rock  dan berhadapan dengan Balai Polis Wangsa Maju. Tahu restoren ni pun kes kereta kena pecah di Carrefour Wangsa Maju dulu...Keluar je buat report, nampak restoren ni.. so terus masuk dalam list Jalan2 Makan2 kami.. hihihi..  Restoren ini juga pernah masuk dalam JJCM tv3..
 
 
Address
 
 Restoran Patatimo
11, Jalan Wangsa Delima 10,
Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur
 
 

 
 
 
 
 


 
 
 
Komen cheesedankejubakar:
 
Di kedai ni selain makanan bergoreng dan nasi berlauk, ada makanan dari pantai timur seperti nasi air, nasi kerabu, pok tek dan lain2 . Nama kedai pun Patatimo (Pantai Timur).
 
Kami mencuba Nasi Kerabu. tujuan asal ke sini pun nak mencuba nasi kerabu komen... ok2 la...
 
Mr MM pula order nasi kukus, sedap katanya memang boleh recommend kat orang ni..
 
Harga tak ingat le..

 
 

Saturday, 26 April 2014

Pavlova HomeMade @ Taman Melawati KL

Salam Makan
Koleksi kumpul makan - makan kali ni  pasal Pavlova pulak. HomeMade di Taman Melawati Kuala Lumpur. Tengok resepi macam senang je kan buat Pavlova ni.. Tapi..Nak buat sendiri??? Mintak maaf ye .Order jer kan senang.  Ada orang cakap Pavlova kat Alexis Bangsar sedap..Nak try juga tapi,  ntah bila tah nak  pergi sana..





Komen cheesedankejubakar:
Buah-buahan sedikit, yang coklat pula agak manis.. lain kali kalau nak order minta kurangkan manis dan lebihkan buah - buahan (strawberi lebih, sebiji2 gitu) (*^_^*)



Friday, 18 April 2014

Restoren Mohd Chan Abdullah, Taman Melawati, KL

Salam makan lagi...
Masih lagi makan2 di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Kami kongsi pengalaman menikmati makanan cina muslim.. Sebelum ni kami pernah share Restoren Haji Sharin Low di Bandar Baru Selayang. Untuk info sila KLIK sini yea.

Restoren Mohd Chan Abdullah
60 Jalan Negara,
Taman Melawati,
Kuala Lumpur.

Restoren Mohd Chan Abdullah ni memang banyak cawangan antaranya di Bukit Beruntung, Kelana Jaya,  Taman Melawati,,  Kota Kemuning, Bandar Baru Bangi, Kuala Selangor, Shah Alam dan Klang Sentral Meru.
Macam biasa mesti ada gambar




 Pelbagai pilihan menu & sediakan duit je
 
 Jus Epal Asam Boi dan Homemade Teh Bunga
(Kes catuan air la ni, guna cawan pakai buang je)
 Nasi Kam Heong Daging
 Nasi Sweet Sour Ayam
Baby Kailan Garlic
Komen cheesedankejubakar
Kami order Nasi Sweet Sour Ayam, Nasi Kam Heong Daging, Baby Kailan Garlic, Jus Epal Asam Boi dan Homemade Teh Bunga semuanya RM 38.00 sahaja.. Harga agak berpatutan
Nasi Sweet Sour Ayam tak pedas amat sesuai untuk orang yang tak tahan  pedas, sos rasa masam dan manis yang seimbang, ditambah pula dengan daging ayam yang dimasak tanpa tulang.
Nasi Kam Heong Daging tu feberet kami. Asik order menu tu je kalau ke sini, tak jemu2.. Yang paling kami suka tang Nasi Kam Heong ni ialah gabungan rasa kicap + cili kering + udang kering + daun kari + hirisan daging yang lembut dalam tu. Kiranya gabungan tu memang membangkitkan selera la. Kalau tengok gambar nampak biasa je kan hitam, macam masak kicap je, tapi rasa umpphhh sedap..
Baby Kailan Garlic tu masakan simple je. Tapi kalau kami masak sendiri memang tak sedap macam tu la. haha.

Wednesday, 16 April 2014

Nasi Kerabu, Pasar Malam, Taman Melawati, KL

Salam makan2.. Nasi Kerabu lagi.. ini kali ke dua kami share makan2,  menu dari pantai timur ni. Suka sangat makan nasi kerabu ni..Kalau dapat berkunjung ke negeri Pantai Timur mesti menu ini yang akan kami cari dulu..
 
Sebelum ni kami pernah cerita pasal House of Nasi Kerabu (HONK) untuk info sila KLIK sini yea.. 
Cerita pasal makan kali ni menu pasar malam sahaja. Nasi Kerabu di Pasar Malam Taman Melawati Kuala Lumpur, setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu..Pasar malam ni dah lama bertapak di sini, kiranya yang berniaga di sini memang otai2 la, masakan pun memang banyak yang sedap2. Kami sanggup datang ke sini, semata2 ingin menikmati Nasi Kerabu ni. ok meh tengok gambar yea...
 
 Susah nak cari parking di sini sebab banyak bangunan baru bakal di bina
 
 Menu lain selain Nasi Kerabu
 
 Nasi kerabu daging + telur masin . Mr MM punya
 
Nasi Kerabu Ikan + telur masin je


Komen cheesedankejubakar:

Saya Suka Makan Nasi Kerabu

Haha, sekian terima kasih.
 

Friday, 7 March 2014

IKEA : Meatball Dan Karipap

Hi.. Salam Makan lagi...
 
Mesti ramai pengemar meatball dan karipap IKEA ni kan.. Sama juga dengan kami.
Sambil-sambil shoping,makan-makan sini..
Yang cheesedankejubakar dok perasan meatball ni sedikit kecil berbanding dulu. Kalau tak dulu nak habiskan 10 biji pun mengah hihihi....
Almond cake tu sedap! Memang kegemaran kami...
Karipap dan Salman ball pula boleh beli di café. Karipap sedap tu mesti beli kalau ke sini. Salman ball tu biasa2 je.. bukan kegemaran kami.
 
Kami selalu ke sini hari Jumaat (petang) orang tak ramai sangat, tak yah nak beratur panjang2 semata2 meatball tu. Kalau nak pergi Sabtu, pagi-pagi sebelum pukul 10  dah dok terpacak situ.hihih.. Hari Sabtu/Ahad atau cuti umum comfirm penuh... Tak sanggup nak bersesak2 dan beratur panjang2... 

Ok Layan gambar je..

 
 Ramai pengemar ni
 
 
 
 
Orang tak ramai
 
 
 Sila2
 
 
 
 Sedap!!
 
 Yang ni biasa2 je..
 
 Karipap IKEA
 
 New! Salman Ball
 
 
 
 
 
 Sangat suka Expedit ni
 
 Expedit shelving unit
 





Misi melengkapkan siri Expedit+Lekman tercapai

Tuesday, 4 March 2014

Durian Crepe Sedap! HomeMade@ KL

Salam Makan...

Setakat ini,  inilah Durian Crepe tersedap pernah cheesedankejubakar makan. Homemade je tau. (Taman Melawati, Kuala Lumpur)
Ok kita tengok gambar. Kami beli dua paket untuk di cuba. RM 6.00 je se paket.  Yang Warna kuning tu original durian, yang warna pink tu perisa Oreo. Ada satu lagi warna hijau untuk perisa mangga (tiada dalam gambar)
 


 Original durian
 
Perisa Oreo



Komen cheesedankejubakar:

Durian crepe  tu  gebu, comfirm menjadi rebutan, especially kepada pengemar durian seperti kami.
Kulit yang nipis serta krim yang sangat sedap dan ditambah pula dengan isi durian.. Yummy! Yang perisa Oreo pun sama, sedappp..

Thursday, 27 February 2014

AUNTIE KOPITIAM, WANGSA WALK, KL

Assalammualaikum..

Minat untuk menulis blog pasal jalan2 makan2 ni semakin berkobar2 memandangkan banyak lagi tempat makan menarik yang hendak dikongsi di sini.
Kali ini cheesedankejubakar ke Wangsa Walk Mall, ke sini biasa la tengok wayang atau  main bowling. Perut lapar, kaki berjalan, hati cakap 'Makan di sinilah'.
Ok kita cari info sikit pasal AuntieKopitiam di facebook


Auntie Kopitiam
Lot 1-20B & 1-20C, WangsaWalk Mall,
Wangsa Avenue, Jalan Wangsa,
Perdana 1, Wangsa Maju, 53000 Kuala Lumpur
No Tel: 03-4143 6191

Auntie Kopitiam

 
 Sirap Selasih & Ice Lemon Tea je..
 

Nasi Pandan Ayam Kunyit


 Bersih & Selesa

Nasi Pandan Special

Bukti pembelian ini mesti ada..

 

 
Komen cheesedankejubakar:

Nasi Pandan Special tu set dengan Ice Lemon Tea sekali . Macam ala-ala nasi lemak gitu. Ayam goreng lembut dan diberi perisa. Sedap.
Nasi Pandan Ayam Kunyit tu Mr MM punya, sedap juga katanya. Ayam pun lembut dan di beri perisa kunyit, cuma agak berminyak sikit..
Ada banyak lagi menu di sini nak ambil gambar menu di kaunter hihihi segan la pulak...