My Blog List

My Blog List

Friday 18 April 2014

Restoren Mohd Chan Abdullah, Taman Melawati, KL

Salam makan lagi...
Masih lagi makan2 di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Kami kongsi pengalaman menikmati makanan cina muslim.. Sebelum ni kami pernah share Restoren Haji Sharin Low di Bandar Baru Selayang. Untuk info sila KLIK sini yea.

Restoren Mohd Chan Abdullah
60 Jalan Negara,
Taman Melawati,
Kuala Lumpur.

Restoren Mohd Chan Abdullah ni memang banyak cawangan antaranya di Bukit Beruntung, Kelana Jaya,  Taman Melawati,,  Kota Kemuning, Bandar Baru Bangi, Kuala Selangor, Shah Alam dan Klang Sentral Meru.
Macam biasa mesti ada gambar




 Pelbagai pilihan menu & sediakan duit je
 
 Jus Epal Asam Boi dan Homemade Teh Bunga
(Kes catuan air la ni, guna cawan pakai buang je)
 Nasi Kam Heong Daging
 Nasi Sweet Sour Ayam
Baby Kailan Garlic
Komen cheesedankejubakar
Kami order Nasi Sweet Sour Ayam, Nasi Kam Heong Daging, Baby Kailan Garlic, Jus Epal Asam Boi dan Homemade Teh Bunga semuanya RM 38.00 sahaja.. Harga agak berpatutan
Nasi Sweet Sour Ayam tak pedas amat sesuai untuk orang yang tak tahan  pedas, sos rasa masam dan manis yang seimbang, ditambah pula dengan daging ayam yang dimasak tanpa tulang.
Nasi Kam Heong Daging tu feberet kami. Asik order menu tu je kalau ke sini, tak jemu2.. Yang paling kami suka tang Nasi Kam Heong ni ialah gabungan rasa kicap + cili kering + udang kering + daun kari + hirisan daging yang lembut dalam tu. Kiranya gabungan tu memang membangkitkan selera la. Kalau tengok gambar nampak biasa je kan hitam, macam masak kicap je, tapi rasa umpphhh sedap..
Baby Kailan Garlic tu masakan simple je. Tapi kalau kami masak sendiri memang tak sedap macam tu la. haha.

6 comments:

  1. wah.. memang nampak menyelerakan makanannya.. :D

    ReplyDelete
  2. yup mnyelerakan... apa lg boleh la cuba mizz aiza (*^_^*)

    ReplyDelete
  3. kalu sebut restoren chinese muslim mesti terbygkn butter prawn jrk

    ReplyDelete
    Replies
    1. butter prawn di sini mmg sedap. udang mmg feberet..

      Delete
  4. kat Bangi pun ada satu
    Air asam boi tu memang sodap lah aih :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye.. kedondong asam boi sodap.. suke2

      Delete