My Blog List

My Blog List

Showing posts with label Western Food. Show all posts
Showing posts with label Western Food. Show all posts

Friday, 26 September 2014

Pohon Kitchen, Guar Cempedak, Kedah

Assalammualaikum...

Weiii lama sudah tak update cerita makan-makan ni... Sibuk menghadap kerja duniawi ni.. bersawang dah blog ni.. Insya Allah lepas ni ada kesempatan akan ku update juga...Dah banyak dah tempat makan menarik sejak 3 bulan menyepi ni.... dari Kedah, Pahang, Selangor.... Tunggu!!

Cerita makan2 Jalan2 kat sekitar Kedah ni dah lama dah hahhhaahaha... baru sekarang sempat post..
Lokasi terletak di tepi jalan besar Guar Cempedak. Restoren ni berkonsepkan western dan masakan melayu. Mudah nak cari restoren  yang beratapkan daun rumbia, kalau tak silap memang tak jauh la dari pusat peranginan Gunung Jerai.












 
 
 
 
Oleh kerana kisah makan2 jalan2 ni dah lama.. memang tak ingat la harganye.. tapi bagi kami yang baru pertama kali makan dan datang kat sini.. memang akan ke sini lagi jika berkesempatan ke Guar Cempedak ni lagi.. Insya Allah..
So Restoren Pohon Kitchen ni destinasi makan2 wajib yang perlu di tuju jika berkunjung  ke sini..
 
 
 
 
 

Monday, 5 May 2014

Chop N Steak, Selayang Utama

Assalammualaikum

Salam makan2 lagi. Western lagi, kali ini di Chop N Steak di Selayang Utama. Dah lama dah berhajat nak ke sini tetapi terbantut sahaja. Lokasi betul2 di trafik light Selayang Mall. Memang senang la nak cari restoren ni. Restoren ni ada 3 cawangan, selain di Selayang ada di Kampung Baru dan Serdang.
 

  Banyak pilihan menu


 Chiken Chop (RM 9.90)
 
 Macam tak sesuai je letak timun dalam spaghetti ni
 
 Spaghetti ngan meatball (RM 10.70)
 
Harga berpatutan
 
 
Komen cheesedankejubakar: 
 
Menunya pun banyak, so boleh la cuba macam2. Harga pun ok murah. Servis pun memang cepat.
Komen hari ni simple je Chiken Chop dan Spaghetti ngan meatball  tu ok2 je sedap juga  sesuai ngan harga nya (*^_^*)

Wednesday, 9 April 2014

JJCM : The Sumbs Cafe Seksyen 13, Shah Alam

Assalammualaikum..
 
Hai Salam Makan2 lagi..
Kami jalan2 cari makan lagi, kali ini ke The Sumbs Cafe, Seksyen 13 Shah Alam bersebelahan hotel GoodHope

Alamat:
The Sumbs Cafe,
7-04-01 Persiaran Alami,
 Pusat Perniagaan World Wide,
Persiaran Akuatik Seksyen 13, Shah Alam

Café ni pernah masuk JJCM TV3, itu yang menarik perhatian kami untuk terjah ke sini.


  
 
  
 Parking no hal!!
 
 Pilihan JJCM TV3..
(Kena tunggu luar dulu, sebab penuh)
 
 
 
 Pelbagai Menu
 
 
 Soothing Manggo RM 5.50
 
 
 Black Pepper Chiken RM 10.50
 
 
 Churros :RM 4.90
 
 
 Chicken The Sumbs: RM12.50

 
Harga ok! Tak la Mahal
 
 
 
Komen cheesedankejubakar:

Kebetulan ketika kami sampai sini lebih kurang jam 4.30 pm. Café tu penuh, so kami kena beri nama dan tunggu sebentar di luar sehingga nama kami di panggil (ada kerusi di luar disediakan). Time kami pergi tu hari biasa bukan weekend, kalau cuti lagi la ramai kot.
 
Kami ke sini juga, mahu mencuba SUKASUCRE by Fazley Yaakob. Dessert sedap yang dibuat oleh Dato Fazley, Juara Masterchef Selebriti pertama Malaysia. Tapi apa kan daya dah habis. Nak try Panna Cotta juga dah habis..
 
Chicken The Sumbs tu  isi ayam tanpa tulang yang digoreng dan dibalut dengan telur. Sos tomato dan ada fries. Tidak menghampakan, Tapi mungkin bukan selera kami kot hihihi.
 
Churros. Kena makan cicah coklat. Sedap  dan best bila dapat makan panas-panas.
 
Black Pepper Chiken tu agak menyelerakan!! Dan membuatkan perut lapar jadi kenyang. Sos Black Pepper tu Yummy.
 
Secara keseluruhanya Harga memang murah! Dessert juga murah. Tapi malangnye banyak yang dah habis.
 
Yang menariknya Café The Sumbs ni, semua makanan dihidang dalam paper box. Tak kira lah makan apa pun. Jimat masa dan tenaga tak payah susah2 nak  basuh pinggan mangkuk kan?
 
 

 
 

Monday, 24 March 2014

Tree Steak House, Sg Buloh,Selangor

 Assalammualaikum... dan salam sejahtera.
Sekarang ni  sibuk dengan kerja dan tak sempat nak update blog, Dah banyak JJCM terkumpul dalam phone kesayangan ni.  Selain tu busy mengikuti perkembangan MH 370..
MH 370 setakat blog ini di tulis sudah 17 hari hilang.. Sama-sama la kita mendokan  MH 370 tu mudah & cepat di temui yea ... Aminnnnn...
Entry kali ini, cheesedankejubakar ke Sungai Buloh, Selangor.Ok  ni Address
  Lot 3028, Kg Paya Jaras Tengah,
Laluan Besar, 47000 Sungai Buloh,
Selangor
Tel: 016 269 0656/016 326 5017
Kami cerita sedikit pasal Tree Steak House, ni.. Restoren ini berkonsepkan makanan Western, tapi jangan risau menu orang Malaysia seperti nasi goreng dan char kuey teow pun ada. Hah restoren ini pun pernah masuk JJCM TV3 tau..
Lokasi terletak di jalan utama, Kalau dari arah Kuala Lumpur restoren ini terletak disebelah kiri jalan.. Berhadapan dengan masjid kaler purple. Senang je nak cari sebab restoren ni memang betul2 tepi jalan besar.  Restoren ni berhampiran dengan kawasan pasar malam Paya Jaras.
Ok tengok gambar je lah..
 Pelbagai menu western

 Duduk tepi pasu besor ni.. haha
 Konsep kedai ni menarik..
 Tualang Chiken (RM 11.90)

 Chicken Cordon Bleu (RM 15.90)

 Set Burger Daging (RM 6.50)

Harga memang sangat BERPATUTAN.

Komen cheesedankejubakar:
Kami order Chicken Cordon Bleu, Tualang Chiken dan Set Burger Daging .
Cheesedankejubakar memang pengemar Chicken Cordon Bleu. Ingat nak snap gambar lelehan keju dalam ayam tu... lupa .. haha.. Keju dalam tu memang menarik perhatian dan sungguh mengoda, lebih2 lagi pengemar keju seperti kami.. Serius memang sedap!!!
Tualang Chiken  Mr MM punya,, dapat rasa sikit sedap juga rupanya... sos bbq fuh.. marbelessss..
Set Burger Daging tu kami kongsi bersama.. patty burger tu  sedap dan lembut.. tapi roti agak kering sedikit .
Keseluruhanya memang puas hati la dapat JJCM ke sini. Harga pula sangat2 berpatutan.Keseluruhannya yummy.. yummy ...Yummylicioussssssss lah.