My Blog List

My Blog List

Monday 30 December 2013

TEXAS CHICKEN, TMN SERI GOMBAK, SELANGOR

Hi...
 
Dah  ramai dah intai-intai blog ni. Terima kasih banyak2. =).  InsyaAllah  cheesedankejubakar akan update banyak lagi tempat2 makan menarik & sedap2 yea.
 
Ok kali ni cheesedankejubakar nak share fast food pulak. Texas Chiken di Taman Seri Gombak, Selangor. Lokasi belakang Maybank dan CIMB Bank Taman Seri Gombak , Texas Chiken ni baru beroperasi Mac tahun 2013 tapi baru kali ni  chessedankejubakar dapat makan di sini. Texas Chiken ni masih baru di Malaysia. Mula-mula nak masuk terfikir ramai ke orang makan sini? Macam tak ramai orang je. Rupa2nya penuh  kat tingkat atas, nasib baik datang awal. 
 

Alamat:
 
Texas Chiken Taman Seri Gombak,
No 1 Jalan SG 1/3, Seri Gombak,
Batu Caves, Selangor
 
(Buka 9.00 pagi - 12.00 mlm)


So ini la yang kami order:


Set 2 ketul ayam  =  Ada  Biscuits + Coleslaw +
Mashed Potatoes + Minuman Ringan
 
Spicy Chiken

Mexicana Burger
 

Ambil Gambar Dulu Sebelum Makan.
 

Mexicana Burger & Mexicana Wrap
 

Resit
 
 
Komen Cheesedankejubakar:
 
Bagi Set 2 ketul ayam tu  ok2 la rasanya. Cuma kurang garing. Coleslaw biasa-biasa je. Mashed Potatoes pula agak masin. Mungkin kurang kena dengan tekak ni kot. Minuman ringan pula boleh refill (self servis)
 
Mexicana Burger tu cheesedakejubakar bawa balik je,sebab dah kenyang makan ayam kat situ. Komen : Alang-alang dah sampai situ memang patut untuk dicuba.
 
Mexicana Wrap pula lebih kurang sama je rasa macam Burger tu.  Kalau makan panas-panas sedap la.
 
Di Texas Chiken ni juga ada menu dessert seperti Ice Cream Float, Sundae Chocolate/Strawberry dan Chocolate Volcano. Nyesal pulak tak order Chocolate Volcano tu nampak macam sedap je.
 
 


Friday 27 December 2013

DIDDY'S PIZZA PARIT RAJA, JOHOR

Salam...
Kali ni cheesedankejubakar nak berkongsi pizza buatan orang tempatan. Pantang tengok tempat makan yang tak ada di tempat sendiri, mesti nak terjah. 
Lokasi terletak di tepi jalan utama Parit Raja (Taman Bersatu). Kalau lalu area sini comfirm  boleh jumpa, Diddy's Pizza ni ada cawangan lain area situ juga.
Saja nak ubah selera pulak  nak rasa pizza buatan orang melayu. cheesedankejubakar ni memang pengemar makanan yang ada keju hihihi... tu yang dapat idea blog ni cheesedankejubakar. =)
Kaunter Diddy's Pizza

Menu air yang ada di sini


                                                                Ini Pizza Tuna (RM10.80)


       Pizza Keju Krim (RM 11.00)


                                                                    Sos cili untuk cicah
                                          

                                                       Murah kan? Kami siap tapau lagi


Komen cheesedankejubakar:

Saiz Pizza Diddy's ada 2, biasa dan keluarga. Kami order saiz yang biasa, sebesar pinggan makan. tapi oklah kenyang untuk seorang makan.

Bagi Pizza Tuna tu, rasa ok sedap juga, roti yang lembut tapi korang jangan la dok banding dengan Domino's Pizza pulak.

Untuk Pizza Keju Krim tu memang cheesedankejubakar suka (yelah sebab banyak keju ) keju yang penuh atas pizza tu uikk sedap je makan.

Selain  Pizza Tuna dan Pizza Keju Krim, Diddy's Pizza juga ada Pizza Pepperoni daging/ayam, Pizza Keju Bawang Putih, Chiken Nuggets,French Fries dan Garlic Bread.
Ada delivery , 30 minit untuk penghantaran ke rumah area sini.



Wednesday 25 December 2013

NASI BERIANI MOHD SHAH BATU PAHAT

Kepada pengemar nasi beriani bolehlah mencuba Nasi Beriani Mohd Shah di Medan Selera Peserai, Batu Pahat Johor. Lokasi berhadapan Hospital Pakar Putra. Cheesedankejubakar order nasi beriani ayam dan nasi beriani kambing. Itu untuk makan 2 orang yea. Kuah dhal dan acar juga ada. Jom lah...

Alamat:
 Nasi Beriani Mohd Shah
Kompleks Niaga Peserai,
Benteng Peserai,
83000 Batu Pahat,
Johor
(Buka : 10 pagi - 10 malam)
(Tutup: Jumaat)


Ok kite tengok gambar plak


Nasi Beriani Mohd Shah betul-betul berhadapan  Hospital Pakar Putra.



 Nasi Beriani ayam dan kambing




 Kuah dhal dan acar pun ada.
(acarnya cheesedankejubakar paling suka)



Nasi BerianiAyam (RM 5.50) ini Cheesedankejubakar punya.. :)


 Yang ini nasi beriani kambing (RM 6.00)
Komen keseluruhan Nasi Beriani ni memang sedap dan best, nasi dan daging yang dimasak lembut. Rempah dia rasa sebati . Kalau datang ke sini  memang cheesedankejubakar nak makan disini lagi.  Di ingatkan kalau nak datang sini biarlah awal. Kami datang  pukul 11 am pun dah ramai orang... 



MEE RACUN BATU PAHAT

Hai...

Cerita pasal Mee Racun pulak. Kesempatan bercuti di negeri Johor ini cheesedankejubakar ambil kesempatan untuk merasa tempat makan yang terkenal dan sedap-sedap di sini.

Ok pasal Mee Racun ni pulak, lokasi berhadapan dengan hotel Pinetree, senang je nak cari.

 Mee Racun 3G,
No 2 Jalan Timah Sari,
 Kampung Kenangan  Dato Onn 1
Batu Pahat.Johor.
(Buka : 7 pagi - 2 pagi)


Rupa-rupanya Mee Racun ni sama dengan mee bandung. Bagi cheesedankejubakar Mee Racun ni ok sedap rasanya. Bagi peminat daging dan mee bandung memang sesuai ada umph!!. Banyak dan penuh 1 pinggan. Cheesedankejubakar ambil yang biasa je , ada telur dadar ,tahu dan daging dalam tu.. Yang special punya ada gearbox sumsum tulang.


Depan hotel Pinetree je kedai ni.
Kedai Mee Racun 3G
Otak -otak pun ada dijual di sini

 Ini dia rupa Mee Racun tu



Kuahnya sedap untuk di hirup.




Cheesedankejubakar tak tau kenapa mee ini di panggil Mee Racun. Ada siapa-siapa yang tau?. Sesiapa yang nak cuba mee bandung ala-ala Mee Racun sila lah ke sini. Sorry tang harga tak ingat la pulak. Tapi tak la mahal.



PUTU BAMBU SPECIAL JURIAH AYER HITAM

Jalan jalan cari makan PERTAMA yang cheesedankejubakar ingin kongsi bersama ialah Putu Bambu Special Juriah Ayer Hitam Johor. Orang sekitar Johor mesti tau tempat ni kan?. Lokasinya terletak dekat tepi simpang empat (dekat dengan trafik light) pekan Ayer Hitam. 

 Kedai Tepi Jalan je.




Parking pun ada. Walaupun hujan ramai juga orang ke sini.



Tada... ada 6 biji. harga RM3 (kalau tak silap la)


Makan panas- panas = Sedap !!


Sekejap je dah licin..



Kalau pergi Ayer Hitam comfirm saya akan ke sini lagi. Mencari Putu Bambu yag sesedap ini di KL tak jumpe. So sesiapa yang teringin Putu Bambu Special ni pergilah Ayer Hitam.





 

I n t r o



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

Blog ini di reka untuk berkongsi tempat - tempat makan yang best - best seluruh Malaysia (luar Malaysia pun bole juga.)

 

Saya suka jalan- jalan sambil cari makan . Saya baru belajar nak buat blog, setelah mendapat sokongan dan dorongan org tercinta.. maka lahirlah

cheesedankejubakar.blogspot.com.