My Blog List

My Blog List

Tuesday 13 May 2014

Restoren Patatimo, Wangsa Maju, KL

Assalammualaikum...

Salam makan2 lagi.. Lama dah menyepi baru cuti ni sempat nak update blog kesayangan ni. Kisah pasal makan2 lagi la, Dah blog pasal makan2 mesti la cerita2 pasal makan2 kan???
 
Menu pantai timur lagi, Restoren Patatimo, di Wangsa Maju, KL. Lokasi berdekatan dengan butik Ariani cawangan Wangsa Maju, bersebelahan dengan Restoran Ayers Rock  dan berhadapan dengan Balai Polis Wangsa Maju. Tahu restoren ni pun kes kereta kena pecah di Carrefour Wangsa Maju dulu...Keluar je buat report, nampak restoren ni.. so terus masuk dalam list Jalan2 Makan2 kami.. hihihi..  Restoren ini juga pernah masuk dalam JJCM tv3..
 
 
Address
 
 Restoran Patatimo
11, Jalan Wangsa Delima 10,
Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur
 
 

 
 
 
 
 


 
 
 
Komen cheesedankejubakar:
 
Di kedai ni selain makanan bergoreng dan nasi berlauk, ada makanan dari pantai timur seperti nasi air, nasi kerabu, pok tek dan lain2 . Nama kedai pun Patatimo (Pantai Timur).
 
Kami mencuba Nasi Kerabu. tujuan asal ke sini pun nak mencuba nasi kerabu komen... ok2 la...
 
Mr MM pula order nasi kukus, sedap katanya memang boleh recommend kat orang ni..
 
Harga tak ingat le..

 
 

Monday 5 May 2014

Chop N Steak, Selayang Utama

Assalammualaikum

Salam makan2 lagi. Western lagi, kali ini di Chop N Steak di Selayang Utama. Dah lama dah berhajat nak ke sini tetapi terbantut sahaja. Lokasi betul2 di trafik light Selayang Mall. Memang senang la nak cari restoren ni. Restoren ni ada 3 cawangan, selain di Selayang ada di Kampung Baru dan Serdang.
 

  Banyak pilihan menu


 Chiken Chop (RM 9.90)
 
 Macam tak sesuai je letak timun dalam spaghetti ni
 
 Spaghetti ngan meatball (RM 10.70)
 
Harga berpatutan
 
 
Komen cheesedankejubakar: 
 
Menunya pun banyak, so boleh la cuba macam2. Harga pun ok murah. Servis pun memang cepat.
Komen hari ni simple je Chiken Chop dan Spaghetti ngan meatball  tu ok2 je sedap juga  sesuai ngan harga nya (*^_^*)