My Blog List

My Blog List

Saturday 29 March 2014

Eksotik Foods: Restoren Lembah Bernam, Sekinchan, Selangor

Makanan Eksotik? Eksotik di restoren ni bukan merujuk kepada katak, ular, biawak hihihi... Daging Landak pernah makan dak? Itulah keistimewaan Restoren ni.
Ok kali ni cheesdankejubakar JJCM jauh sikit ke Sekinchan, Selangor. Restoren ni lebih kurang 1 jam lebih dari KL, itupun kalau ikut highway LATAR terus ke Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sekinchan. Restoren ni bukan terletak di tepi jalan utama, kena lalu kawasan kampung dan sawah padi. Sepanjang perjalanan ke restoren ni tenang je jiwa dan raga kami, tengok pemandangan sawah padi yang menghijau... Cantik ciptaanNya..
Masakan eksotik yang ada di sini   seperti  Landak, Rusa, Pelanduk, Kancil, Arnab, Itik, Belut, Ayam Kampung, Ayam Hutan, Burung Puyuh dan Burung Wak - Wak.
Selain itu restoren ini juga turut menyajikan masakan kampung seperti ikan baung, ikan tapah, ikan Sepat, Ikan Puyu, Ikan Keli dan Udang Galah serta ulam-ulaman
Ni alamatnye:
Jalan Main Canal, Tali Air 9, Pasir Panjang
45400 Sekinchan, Selangor
H/P: 019 2133665/017 2858603
11.00 am - 5.00 pm
(Jumaat Cuti)
  GPS : N 3 42'32" E 101 10'33" 

Indahnye pemandangan!!

 Restoren Lembah Bernam akhirnya kami sampai juga.

 Pelbagai masakan kampung

  Banyak pilihan eksotik

 Makan masakan kampung mesti ada sambal belacan
 Ikan Baung masak tempoyak
 Ulam - ulaman kampung (Orang cakap ni daun tenggek burung yea??)
 Menunggu hidangan eksotik pilihan kami tiba
 Restoren yang  berkonsepkan desa



 Daging Kijang masak black pepper (200gram = RM 24.00)
 Udang Galah masak cili merah (saiz sederhana = RM15.00)

 Burung Wak-Wak (RM7.00 seekor)
Selamat menjamu selera
Komen cheesedankejubakar:
Kami suka makan dalam suasana kampung begini.. rasa begitu dekat dengan kampung tercinta.. haha.
Kalau berhajat ke sini di syorkan call dahulu, Untuk masakan eksotik tu kena order yea.
Daging eksotik ni ikut masa dan musim. Kebetulan semasa kami ke sini musim kijang, so orderlah kijang. Rusa dan landak pula dah habis. (Nyesal pulak tak call/datang awal)
 Daging Kijang masak black pepper, pertama kali makan daging kijang ni.. tak tau nak cakap macam mana, yang pasti masakan tu sedap, daging kijang tu di masak lembut, dan tak bau macam kambing/lembu.
Burung Wak-Wak goreng rempah rasa macam burung puyuh tapi daging burung ni liat sikit.
 Udang Galah masak cili merah tu wajib order, itu memang kegemaranku.. pun sedap juga.
Ikan Baung masak tempoyak tu  memang sudah sedia ada. Rasa pun sedap!  

Ada satu lagi restoren seperti ini yang terletak di Kampung Sungai Panjang, Sungai Besar, Selangor,  Restoran Selera Rimba. InsyaAllah akan kami terjah juga.




Wednesday 26 March 2014

Restoren Sup Kambing Bakar, Batu Caves

Salam makan2..
 
Sup Kambing Bakar?? Itu yang menarik perhatian cheesedankejubakar untuk mencuba Restoren ini, Restoren ini baru  di buka  terletak di Taman Samudera, Batu Caves. (bersebelahan dengan  7Eleven). Kami memang suka mencari kelainan di restoren yang baru di buka ni... mula- mula masuk aikkkk ada 2 orang pelanggan je? Hihihi.. Mula la berfikir tak laku ke atau tak sedap ke? Takpe kami cuba dulu ..Ok senang cerita kite tengok gambar..




 Pintu Utama
 
Pelbagai menu
 
Set untuk berkeluarga pun ada



Nasi (guna beras basmati)
 
Nasi + Sup Ayam Kampung Bakar
 
Nasi + Sup Kambing Bakar
 
Air Jus Mangga
 
 
Komen cheesedankejubakar:
 
Kami order Nasi  Sup Kambing Bakar dan Nasi Sup Ayam Kampung Bakar, Air jus epal dan jus Mangga (seperti dalam gambar)
Selain itu ada juga menu lain Nasi Panggang, Nasi Arab Kambing/Ayam, Kambing/Ayam berempah, Dan pelbagai menu dari Ayam dan Kambing je.
Nasi  Sup Kambing Bakar dan Nasi Sup Ayam Kampung Bakar tu sedap rasanya, Sup yang pekat dan cukup rempah semua.. Restoren ini menggunakan beras basmati dan dipanggang dulu.
Air jus Mangga tu sedap! Siap beli bawa balik lagi.. Jus epal tu ok2 la..
 
So kesimpulannye jangan judge restoren tu dengan sekali tengok (contoh tak ramai orang), Meh masuk dalam dan try dulu. Restoren yang ramai orang pun tak semestinya sedap kan? kan?.. kan kan?Tak rugi la kami JJCM ke sini
Cuma nak komen kepada restoren ni.. tak de resit.. hihihi...(bukan apa senang nak rujuk dalam entry ni).  Harga ok2 la tak mahal & berpatutan.


Monday 24 March 2014

Tree Steak House, Sg Buloh,Selangor

 Assalammualaikum... dan salam sejahtera.
Sekarang ni  sibuk dengan kerja dan tak sempat nak update blog, Dah banyak JJCM terkumpul dalam phone kesayangan ni.  Selain tu busy mengikuti perkembangan MH 370..
MH 370 setakat blog ini di tulis sudah 17 hari hilang.. Sama-sama la kita mendokan  MH 370 tu mudah & cepat di temui yea ... Aminnnnn...
Entry kali ini, cheesedankejubakar ke Sungai Buloh, Selangor.Ok  ni Address
  Lot 3028, Kg Paya Jaras Tengah,
Laluan Besar, 47000 Sungai Buloh,
Selangor
Tel: 016 269 0656/016 326 5017
Kami cerita sedikit pasal Tree Steak House, ni.. Restoren ini berkonsepkan makanan Western, tapi jangan risau menu orang Malaysia seperti nasi goreng dan char kuey teow pun ada. Hah restoren ini pun pernah masuk JJCM TV3 tau..
Lokasi terletak di jalan utama, Kalau dari arah Kuala Lumpur restoren ini terletak disebelah kiri jalan.. Berhadapan dengan masjid kaler purple. Senang je nak cari sebab restoren ni memang betul2 tepi jalan besar.  Restoren ni berhampiran dengan kawasan pasar malam Paya Jaras.
Ok tengok gambar je lah..
 Pelbagai menu western

 Duduk tepi pasu besor ni.. haha
 Konsep kedai ni menarik..
 Tualang Chiken (RM 11.90)

 Chicken Cordon Bleu (RM 15.90)

 Set Burger Daging (RM 6.50)

Harga memang sangat BERPATUTAN.

Komen cheesedankejubakar:
Kami order Chicken Cordon Bleu, Tualang Chiken dan Set Burger Daging .
Cheesedankejubakar memang pengemar Chicken Cordon Bleu. Ingat nak snap gambar lelehan keju dalam ayam tu... lupa .. haha.. Keju dalam tu memang menarik perhatian dan sungguh mengoda, lebih2 lagi pengemar keju seperti kami.. Serius memang sedap!!!
Tualang Chiken  Mr MM punya,, dapat rasa sikit sedap juga rupanya... sos bbq fuh.. marbelessss..
Set Burger Daging tu kami kongsi bersama.. patty burger tu  sedap dan lembut.. tapi roti agak kering sedikit .
Keseluruhanya memang puas hati la dapat JJCM ke sini. Harga pula sangat2 berpatutan.Keseluruhannya yummy.. yummy ...Yummylicioussssssss lah.



Friday 7 March 2014

IKEA : Meatball Dan Karipap

Hi.. Salam Makan lagi...
 
Mesti ramai pengemar meatball dan karipap IKEA ni kan.. Sama juga dengan kami.
Sambil-sambil shoping,makan-makan sini..
Yang cheesedankejubakar dok perasan meatball ni sedikit kecil berbanding dulu. Kalau tak dulu nak habiskan 10 biji pun mengah hihihi....
Almond cake tu sedap! Memang kegemaran kami...
Karipap dan Salman ball pula boleh beli di cafĂ©. Karipap sedap tu mesti beli kalau ke sini. Salman ball tu biasa2 je.. bukan kegemaran kami.
 
Kami selalu ke sini hari Jumaat (petang) orang tak ramai sangat, tak yah nak beratur panjang2 semata2 meatball tu. Kalau nak pergi Sabtu, pagi-pagi sebelum pukul 10  dah dok terpacak situ.hihih.. Hari Sabtu/Ahad atau cuti umum comfirm penuh... Tak sanggup nak bersesak2 dan beratur panjang2... 

Ok Layan gambar je..

 
 Ramai pengemar ni
 
 
 
 
Orang tak ramai
 
 
 Sila2
 
 
 
 Sedap!!
 
 Yang ni biasa2 je..
 
 Karipap IKEA
 
 New! Salman Ball
 
 
 
 
 
 Sangat suka Expedit ni
 
 Expedit shelving unit
 





Misi melengkapkan siri Expedit+Lekman tercapai