My Blog List

My Blog List

Showing posts with label SEAFOOD. Show all posts
Showing posts with label SEAFOOD. Show all posts

Saturday, 14 June 2014

JJCM Utara : Mona Ikan Bakar, Kuala Perlis

Assalammualaikum..

Lama sudah tak update blog ni.. Sebulan dah rasanya. Kami sibuk ke Utara (Perlis dan Kedah) atas urusan kerja Mr MM merangkap jalan-jalan dan  makan-makan. Hahaha. Bestnye la duduk utara banyak tempat menarik dan tempat makan yang best dan sedap..
 
Ok Kami nak berkongsi tempat makan menarik di Perlis dulu naa.. Setelah seharian penat jalan/pusing Perlis dari Wang Kelian ke Padang Besar  ke ladang mempelam mencari Harumanis. Dan destinasi makan malam kami di Mona Ikan Bakar, Kuala Perlis.
 
 
Alamat:
 
KomaLaut
(Kompleks Makanan Laut Negeri Perlis)
02000 Kuala Perlis, Perlis

Peta copy dari Kedah2u.com.. tq2


   (Kompleks Makanan Laut)
 
 Tu dia gerai no7
 
 
 8 orang makan, masing-masing pilih air lain2..
 
 
 Ulam - ulaman dan Ikan Kerapu Bakar
 
 
Kegemaran ramai Sotong goreng Tepung
 
 
 Tomyam Seafood dan sebahagian makanan yang ada dekat kami
 
 
 Lala masak cili dan Kupang masak halia 
 
Perhatikan SEBELUM dan SELEPAS.
 
 
 
 
Komen:
 
Sedap! Lagi-lagi bila ada orang yang belanja. Semua masakan di sini memang sedap la. 
Wah! tak rugi kami ajak Mr MM  makan ke Mona Ikan Bakar ni. Yang menjadi kesukaan kami ialah Tomyam Seafood dan Lala masak cili.. Ikan kerapu bakar  dibakar dengan cili rasa perapan cili tu. Ikan sedap dan segar tapi malang air asamnya cair.
 
Jumlah untuk 8 orang makan, 2 hidang (3 sotong goreng tepung, 2 kupang masak halia, 2 lala masak cili, 2 tomyam seafoods, 2 ikan kerapu bakar, 2 baby kalian, 2 Ulam-ulaman, Sambal belacan/air asam, 8 air dan nasi berjumlah RM250 sahaja. MURAH!. Alhamdulilah semuanya habis takut tak habis je. Terasa banyak pulak menu yang di order. Terima kasih kepada Mr MM yang sudi  belanja malam tu..
 
Dengan pesanan kepada Mr MM kalau ke Perlis  kita ke sini lagi naa. Haha

Saturday, 8 February 2014

IKAN BAKAR, PANTAI JERAM, KUALA SELANGOR

Salam..
Minggu ni agak rajin update blog, dalam telepon ni dah banyak dah gambar terkumpul JJCM. Ini masa yang sesuai untuk kongsi bersama.
Kali ini cheesedankejubakar ke RESTORAN IKAN BAKAR PANTAI JERAM, Kuala Selangor.
Restoren ni lebih kurang 45 minit dari Shah Alam dan 1 jam lebih dari Kuala Lumpur.
Ada banyak kemudahan di sini seperti surau, tandas awam, tempat letak kenderaan dan  taman permainan
Alamat:
Restoran Ikan Bakar Pantai, Jeram
Pantai Jeram, Batu 19
Jalan Pantai Jeram
45800 Jeram
Selangor Darul Ehsan
Buka : 5.00 petang – 1.00 pagi

           Bekas sambal kicap & cili 
 Sotong goreng tepung
 Ketam cili
Udang butter


 Ikan cencaru bakar


Agak murah juga.



Komen cheesedankejubakar:

Setiap kali datang ke sini mesti kami akan pilih, bukan hari minggu atau waktu gaji, sebabnya kalau time tu mesti full, datang awal sikit, maghrib solat di surau yang disediakan. Kalau lambat sikit ramai orang, dan pilihan pun tak banyak. Dia masak pun kadang-kadang ala kadar je (ye la ramai orang).

Di sini ada banyak pilihan ikan cencaru,pari,jenahak,kerapu dan sebagainya.  Ketam, udang, kerang, belangkas pun ada.Dan ada pelbagai lagi pilihan seafood yang lain. Yang paling penting semuanya segar2 lagi.

Kami pilih ketam masak cili, sedap! ketam pun banyak isi. Sotong goreng tepung tu biasa-biasa je sebab kurang garing. tapi okla juga rasanye. Udang pula masak butter, kali ini kami dapat pilih udang yang besar2, puas makan. Cencaru pula bakar ditambah pula dengan sambal kicap + sambal cili yang memang sudah tersedia di atas meja. Sambal tu memang sedap.Hajat di hati nak juga order ikan jenahak, pari, kerapu tapi ikan tu besar2. Kami ni berdua saja, risau tak habis pula. Lain kali la ke sini lagi  ajak sama family or kawan2.

Harga di sini pun masih lagi berpatutan berbanding restoren ikan bakar yang lain. Apa lagi JOM la..