My Blog List

My Blog List

Wednesday 29 January 2014

ASAPANAS BISTRO, SELAYANG

Hi
Dah blog pasal makan-makan mestilah cerita pasal makan  lagi kan?
Kali ini Steamboat & BBQ di ASAPANAS BISTRO, Bandar Baru Selayang. Lokasi berhadapan dengan Stadium Selayang (berhampiran Petron)

Alamat:
 ASAPANAS BISTRO
No 14, Jalan 2/6 Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor
Buka: 5pm-11pm (Selasa - Ahad)
 DEWASA RM 22.90
KANAK-KANAK RM 12.90
019-3688868 (sila  call ye  sebelum datang)
Kami pilih makan di luar selesa sikit nak bakar-bakar


8.00pm (bukan malam minggu) memang tak ramai orang


Banyak pilihan


Udang sudah menjadi kemestian



Dan lagi...lagi..

Sayur ni buat syarat je.

Gambar yang sempat diambil.
Komen cheesedankejubakar:
Cheesedankejubakar lebih suka makan di luar agak selesa dan tak panas, pernah makan di dalam agak tidak selesa sebab panas,lagi lagi kalau sesak dan ramai orang. Maybe aircond tak kuat kot. hihi. Kalau makan di luar dapat udara segar.
Dari segi harga memang masih berpatutatan. RM 22.90 untuk dewasa dan RM12.90 kanak kanak. Boleh makan sampai larat. Tahun lepas cheesedankejubakar ke sini harga masih lagi RM19.90 (dewasa), RM9.90 (kanak - kanakj) naik RM3.00 tahun 2014 ni.
Dari segi pilihan memang banyak, beraneka sos, seafood, daging, mee, sayur. Nasi goreng juga ada disediakan. Minuman boleh minum sampai puas.
Sos black pepper di sini memang terbaikkkk, makan BBQ ni kalau sos black pepper tak sedap memang tak sempurna la. Kalau di sini memang cheesedankejubakar suka sos black peppernya, tak pedas sangat, masin dan manis yang seimbang. SEDAP la!.

Saturday 25 January 2014

MEE BANDUNG, SUNGAI NIBONG.

Hi..
Cerita pasal makan lagi dan lagi dan lagi..
Ok kali ini cheesedankejubakar nak cerita pasal mee lagi, kali ini Mee Bandung. Berkesempatan lalu di tempat ni cheesedankejubakar ambil peluang untuk singgah makan di sini. Nama kedai ni SRI BANDUNG SEAVIEW, menu popular di sini MEE BANDUNG. Menu ini memang popular di kalangan orang tempatan di sini.

Sri Bandung Seaview ini terletak di Batu 23 Sungai Nibong, Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan. Kalau dari arah Klang/KL menghala ke Sungai Besar  kedai ini terletak di sebelah kiri,  (kena masuk ke dalam sedikit sebab kedai ini terletak di tepi laut) Simbol Batu 23 tu memang nampak jelas kalau lalu area situ. Senang je nak cari.


                                                   Nama kedai: Sri Badung Seaview
                                                               Mee Bandung Udang



                                                               Menu Tambahan Sate



                                       




Komen cheesedankejubakar:
Mee Bandung tu sedap ada rasa tapi kalau dibandingkan dengan dulu lagi sedap. Sejak pergi 2/3 kali ni rasa kurang umph. Udang pun kecil kalau dulu memang besar, tapi maybe sebab cheesedankejubakar pergi musim tengkujuh/hujan tu yang dapat udang kecil. hihi.
Ada pelbagai lagi menu Mee Bandung di sini seperti Mee Bandung Poktek, Mee Bandung Ketam dan sebagainya. Masakan goreng-goreng pun ada.
Menu tambahan sate tu sedap, daging dan ayam lembut dan rasa perapannya. Kalau berkesempatan ke sini boleh la try sate tu sekali, gerai sate tu memang terletak di sebelah kedai tu je.

Pasal harga pula tak ingat la, sebab pergi sini dah lama dah cuma tak sempat nak update di sini.

Saturday 11 January 2014

HAJI SHARIN LOW, BANDAR BARU SELAYANG

Salam..
Agak sibuk awal tahun 2014 ni tak berkesempatan update blog baru  ini..
Ok. Kita makan lagi. Kali ini di Haji Sharin Low cawangan Bandar Baru Selayang. Lokasi deretan kedai berhadapan Stadium Selayang. Setau cheesedankejubakar restoren Haji Sharin Low ini ada banyak cawangan antaranya di Shah Alam, Sri Gombak, Ampang dan Bangi.
Alamat:
Haji Sharin Low
No 17, Jalan 2/14 Dataran Templer,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.
Tengok gambar yea...
 Chinese Muslim Restaurant


Antara menu yang ada.




Air Tembikai Laici : RM 4.50
Air Longan:RM 3.50

Nasi Ayam Jiang Chong RM7.00


 Nasi Daging Masam Manis RM 7.50


 Sotong Black Pepper (Regular) RM28.00
 Baby Kailan Ikan Masin (Regular) RM10.00
 Wajib ambil gambar dulu sebelum makan.

 Table no 6.
Komen cheesedankejubakar:
Nasi Ayam Jiang Chong  rasa2 halia gitu.Kuah penuh sepinggan.Sedap juga!. Nasi Daging Masam Manis ok2 je rasanya, daging dimasak lembut  dan tak liat.
Kegemaran cheesedankejubakar kalau ke sini semestinya ayam/daging Kam Heong, kali ini saje je  try yang lain.
Kepada pengemar sotong boleh try sotong black pepper ni. Tak pedas sangat sesuai la dengan tekak ni. Baby Kailan pula sebagai pelengkap hidangan, kami ni kalau makan tak sah kalau tak ada sayur, wajib ada..Jenuh juga kami nak menghabiskan hidangan2 tu.

Sesiapa yang suka makanan ala2 chinese ni. Cubalah . 


Thursday 2 January 2014

HOUSE OF NASI KERABU (HONK) GOMBAK, SELANGOR

Salam.

Selamat tahun baru 2014.
Post pertama 2014 ni cheesedankejubakar nak share restoren yang pernah masuk dalam JJCM TV3,
House of Nasi Kerabu, di Prima Sri Gombak, Selangor.
Sebenarnya cheesedankejubakar memang pengemar nasi kerabu (lagi2 di HONK), pantang ada kedai jual nasi kerabu mesti pergi.
Alamat:
Lot 89-G Jalan SG Prima 3
Prima Sri Gombak
68100 Batu Caves Selangor


HONK (sebelah butik Peach)



Dekorasi dalam HONK




Pelbagai menu Nasi Kerabu



Menu air



Gambar HONK dalam beberapa akhbar




No meja kami : 12




Nasi Kerabu Nara (tumis)






Bukti pembelian hehe


Komen cheesedankejubakar:

Sebenarnya dah beberapa kali kami ke sini. Kegemaran cheesedankejubakar ialah  Nasi Kerabu Narathiwat (nasi biru) tapi dah habis, so terpaksa la order Nasi Kerabu Tumis. Tapi not bad sedap juga. Daging yang lembut dan tumisnya pun sedap.

Selain pelbagai jenis nasi kerabu, di sini juga ada menjual nasi kukus ayam dara,nasi dagang, keropok lekor. So sesiapa yag suka masakan pantai timur boleh lah berkunjung ke sini.