My Blog List

My Blog List

Wednesday 30 April 2014

Restoren Kari Kepala Ikan Sri Gombak, Selangor

Alhamdulillah ada rezeki untuk makan2 lagi.
 
Siapa suka makan Kari Kepala Ikan? Saya! Saya! Kami! Kami! Kitorang! Kitorang!
Orang kata pelajar tak elok makan kepala ikan..boleh jadi pelupa katanya, tak tahu la kata2 orang tua ni mungkin ada kebenarannyakan? Sekarang dah kerja dan bukan pelajar kiranya semua boleh telan la  janji halal.. Kebetulan esok cuti Hari Pekerja. Selamat Hari Pekerja kepada diri sendiri dan seluruh Pekerja di Malaysia..
 
Entry kali ini kami ke Restoren Kari Kepala Ikan yang glamour, di Sri Gombak.
 
Ok ini alamat :
 
10-12, Jalan SG 1/8,
Taman Sri Gombak,
Batu Caves,Selangor






Kerabu Mangga 2/3 orang (RM 5.00)


 Ayam Pandan (RM 8.00)



Menu Utama Kari Kepala Ikan (RM 52.00)
 

Komen cheesedankejubakar:
 
Kari Kepala Ikan : Kuah kari yang pekat dan banyak, seimbang rasa kari dan rempah dalam tu. Kami order ikan merah yang paling kecil  tu pun kira besar juga tau.
 
Ayam Pandan: Bagi citarasa kami, ok2 la, biasa je. mungkin perapan pada ayam tu kurang. Tapi nak cuba apa salahnya. Mungkin citarasa orang berbeza.
 
Kerabu Mangga: Kami suka.. sesuai untuk hilangkan muak makan kari  tu..
(Kari kepala ikan yang kami order sesuai untuk 4/5 orang makan, tapi kami berdua boleh habiskan, dasar perut buaya haha.. memang di syorkan la order kerabu ni. Nak kasi balance dalam perut ni..

 

Saturday 26 April 2014

Pavlova HomeMade @ Taman Melawati KL

Salam Makan
Koleksi kumpul makan - makan kali ni  pasal Pavlova pulak. HomeMade di Taman Melawati Kuala Lumpur. Tengok resepi macam senang je kan buat Pavlova ni.. Tapi..Nak buat sendiri??? Mintak maaf ye .Order jer kan senang.  Ada orang cakap Pavlova kat Alexis Bangsar sedap..Nak try juga tapi,  ntah bila tah nak  pergi sana..





Komen cheesedankejubakar:
Buah-buahan sedikit, yang coklat pula agak manis.. lain kali kalau nak order minta kurangkan manis dan lebihkan buah - buahan (strawberi lebih, sebiji2 gitu) (*^_^*)



Friday 18 April 2014

Restoren Mohd Chan Abdullah, Taman Melawati, KL

Salam makan lagi...
Masih lagi makan2 di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Kami kongsi pengalaman menikmati makanan cina muslim.. Sebelum ni kami pernah share Restoren Haji Sharin Low di Bandar Baru Selayang. Untuk info sila KLIK sini yea.

Restoren Mohd Chan Abdullah
60 Jalan Negara,
Taman Melawati,
Kuala Lumpur.

Restoren Mohd Chan Abdullah ni memang banyak cawangan antaranya di Bukit Beruntung, Kelana Jaya,  Taman Melawati,,  Kota Kemuning, Bandar Baru Bangi, Kuala Selangor, Shah Alam dan Klang Sentral Meru.
Macam biasa mesti ada gambar




 Pelbagai pilihan menu & sediakan duit je
 
 Jus Epal Asam Boi dan Homemade Teh Bunga
(Kes catuan air la ni, guna cawan pakai buang je)
 Nasi Kam Heong Daging
 Nasi Sweet Sour Ayam
Baby Kailan Garlic
Komen cheesedankejubakar
Kami order Nasi Sweet Sour Ayam, Nasi Kam Heong Daging, Baby Kailan Garlic, Jus Epal Asam Boi dan Homemade Teh Bunga semuanya RM 38.00 sahaja.. Harga agak berpatutan
Nasi Sweet Sour Ayam tak pedas amat sesuai untuk orang yang tak tahan  pedas, sos rasa masam dan manis yang seimbang, ditambah pula dengan daging ayam yang dimasak tanpa tulang.
Nasi Kam Heong Daging tu feberet kami. Asik order menu tu je kalau ke sini, tak jemu2.. Yang paling kami suka tang Nasi Kam Heong ni ialah gabungan rasa kicap + cili kering + udang kering + daun kari + hirisan daging yang lembut dalam tu. Kiranya gabungan tu memang membangkitkan selera la. Kalau tengok gambar nampak biasa je kan hitam, macam masak kicap je, tapi rasa umpphhh sedap..
Baby Kailan Garlic tu masakan simple je. Tapi kalau kami masak sendiri memang tak sedap macam tu la. haha.

Wednesday 16 April 2014

Nasi Kerabu, Pasar Malam, Taman Melawati, KL

Salam makan2.. Nasi Kerabu lagi.. ini kali ke dua kami share makan2,  menu dari pantai timur ni. Suka sangat makan nasi kerabu ni..Kalau dapat berkunjung ke negeri Pantai Timur mesti menu ini yang akan kami cari dulu..
 
Sebelum ni kami pernah cerita pasal House of Nasi Kerabu (HONK) untuk info sila KLIK sini yea.. 
Cerita pasal makan kali ni menu pasar malam sahaja. Nasi Kerabu di Pasar Malam Taman Melawati Kuala Lumpur, setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu..Pasar malam ni dah lama bertapak di sini, kiranya yang berniaga di sini memang otai2 la, masakan pun memang banyak yang sedap2. Kami sanggup datang ke sini, semata2 ingin menikmati Nasi Kerabu ni. ok meh tengok gambar yea...
 
 Susah nak cari parking di sini sebab banyak bangunan baru bakal di bina
 
 Menu lain selain Nasi Kerabu
 
 Nasi kerabu daging + telur masin . Mr MM punya
 
Nasi Kerabu Ikan + telur masin je


Komen cheesedankejubakar:

Saya Suka Makan Nasi Kerabu

Haha, sekian terima kasih.
 

Wednesday 9 April 2014

JJCM : The Sumbs Cafe Seksyen 13, Shah Alam

Assalammualaikum..
 
Hai Salam Makan2 lagi..
Kami jalan2 cari makan lagi, kali ini ke The Sumbs Cafe, Seksyen 13 Shah Alam bersebelahan hotel GoodHope

Alamat:
The Sumbs Cafe,
7-04-01 Persiaran Alami,
 Pusat Perniagaan World Wide,
Persiaran Akuatik Seksyen 13, Shah Alam

Café ni pernah masuk JJCM TV3, itu yang menarik perhatian kami untuk terjah ke sini.


  
 
  
 Parking no hal!!
 
 Pilihan JJCM TV3..
(Kena tunggu luar dulu, sebab penuh)
 
 
 
 Pelbagai Menu
 
 
 Soothing Manggo RM 5.50
 
 
 Black Pepper Chiken RM 10.50
 
 
 Churros :RM 4.90
 
 
 Chicken The Sumbs: RM12.50

 
Harga ok! Tak la Mahal
 
 
 
Komen cheesedankejubakar:

Kebetulan ketika kami sampai sini lebih kurang jam 4.30 pm. Café tu penuh, so kami kena beri nama dan tunggu sebentar di luar sehingga nama kami di panggil (ada kerusi di luar disediakan). Time kami pergi tu hari biasa bukan weekend, kalau cuti lagi la ramai kot.
 
Kami ke sini juga, mahu mencuba SUKASUCRE by Fazley Yaakob. Dessert sedap yang dibuat oleh Dato Fazley, Juara Masterchef Selebriti pertama Malaysia. Tapi apa kan daya dah habis. Nak try Panna Cotta juga dah habis..
 
Chicken The Sumbs tu  isi ayam tanpa tulang yang digoreng dan dibalut dengan telur. Sos tomato dan ada fries. Tidak menghampakan, Tapi mungkin bukan selera kami kot hihihi.
 
Churros. Kena makan cicah coklat. Sedap  dan best bila dapat makan panas-panas.
 
Black Pepper Chiken tu agak menyelerakan!! Dan membuatkan perut lapar jadi kenyang. Sos Black Pepper tu Yummy.
 
Secara keseluruhanya Harga memang murah! Dessert juga murah. Tapi malangnye banyak yang dah habis.
 
Yang menariknya Café The Sumbs ni, semua makanan dihidang dalam paper box. Tak kira lah makan apa pun. Jimat masa dan tenaga tak payah susah2 nak  basuh pinggan mangkuk kan?
 
 

 
 

Thursday 3 April 2014

Lontong Jawa Tradisional @ Kg Bagan Terap, Sg Besar, Selangor

Makan2 lagi kan.. Saya memang suka makan.. hihi. Perjalanan menjelajah tempat2 makan menarik dan sedap2 kali ini masih lagi di daerah Sabak Bernam, Selangor.
Entri sebelum ni kami pernah cerita pasal makanan Eksotik di Sekinchan , Selangor, untuk lihat sila klik sini yea. Kali ni pula pasal Lontong Tradisional masyarakat berketurunan Jawa.

Lontong Jawa Tradisional, susah nak gambarkan, terdapat di Pasar Ahad di Kg Bagan Terap, Sg Besar, Selangor. Makcik2/nenek2 yang sudah berumur yang jual. Gerai pun masih lagi gerai papan. Menurut masyarakat di sini, seawal jam 7.00 pagi lagi, gerai menjual lontong tradisional Jawa ini sudah mula di kunjungi. Lambat sikit memang tak dapat la. Tempat lain orang kata ada di kawasan Parit Baru, Sabak Bernam tapi versi ada serunding.. ok kite tengok gambar senang..

 Bungus daun pisang je. Sempoi!

Lontong Tradisional Jawa.


Komen cheesdankejubakar:

Di tempat lain tak pernah jumpa lontong di bungkus dengan daun pisang, Biasanya lontong2 yang dijual  (terutamanya di KL) kuah masak lodeh. Keistimewaan Lontong Jawa ni ala2 macam masak lodeh + gulai. Yang specialnya dalam kuah tu ada suhun + pucuk +  bihun + mee + kacang sayur. Sayur pula, sayur kampung seperti kangkung, pucuk ubi dan taugeh. Nasi Impit jangan lupa mesti ada..

Sebungkus lontong tu di jual dengan harga RM1.50 sangat murah kan??. Cheesedankejubakar boleh habiskan 2-3 bungkus sekali makan hahhaaha... yelah tempat lain tak dapat jumpa... Sangat sedap lontong Jawa warisan turun temurun nenek moyang  masyarakat  Jawa di sini.. Umphhhhh Marbelesssss