My Blog List

My Blog List

Monday 24 March 2014

Tree Steak House, Sg Buloh,Selangor

 Assalammualaikum... dan salam sejahtera.
Sekarang ni  sibuk dengan kerja dan tak sempat nak update blog, Dah banyak JJCM terkumpul dalam phone kesayangan ni.  Selain tu busy mengikuti perkembangan MH 370..
MH 370 setakat blog ini di tulis sudah 17 hari hilang.. Sama-sama la kita mendokan  MH 370 tu mudah & cepat di temui yea ... Aminnnnn...
Entry kali ini, cheesedankejubakar ke Sungai Buloh, Selangor.Ok  ni Address
  Lot 3028, Kg Paya Jaras Tengah,
Laluan Besar, 47000 Sungai Buloh,
Selangor
Tel: 016 269 0656/016 326 5017
Kami cerita sedikit pasal Tree Steak House, ni.. Restoren ini berkonsepkan makanan Western, tapi jangan risau menu orang Malaysia seperti nasi goreng dan char kuey teow pun ada. Hah restoren ini pun pernah masuk JJCM TV3 tau..
Lokasi terletak di jalan utama, Kalau dari arah Kuala Lumpur restoren ini terletak disebelah kiri jalan.. Berhadapan dengan masjid kaler purple. Senang je nak cari sebab restoren ni memang betul2 tepi jalan besar.  Restoren ni berhampiran dengan kawasan pasar malam Paya Jaras.
Ok tengok gambar je lah..
 Pelbagai menu western

 Duduk tepi pasu besor ni.. haha
 Konsep kedai ni menarik..
 Tualang Chiken (RM 11.90)

 Chicken Cordon Bleu (RM 15.90)

 Set Burger Daging (RM 6.50)

Harga memang sangat BERPATUTAN.

Komen cheesedankejubakar:
Kami order Chicken Cordon Bleu, Tualang Chiken dan Set Burger Daging .
Cheesedankejubakar memang pengemar Chicken Cordon Bleu. Ingat nak snap gambar lelehan keju dalam ayam tu... lupa .. haha.. Keju dalam tu memang menarik perhatian dan sungguh mengoda, lebih2 lagi pengemar keju seperti kami.. Serius memang sedap!!!
Tualang Chiken  Mr MM punya,, dapat rasa sikit sedap juga rupanya... sos bbq fuh.. marbelessss..
Set Burger Daging tu kami kongsi bersama.. patty burger tu  sedap dan lembut.. tapi roti agak kering sedikit .
Keseluruhanya memang puas hati la dapat JJCM ke sini. Harga pula sangat2 berpatutan.Keseluruhannya yummy.. yummy ...Yummylicioussssssss lah.



2 comments:

  1. Terasa kesedapannya even just tgk pic. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup sedap!!.. mmg saya recomenkan .. rasa nak dtg sini lg try menu lain plak... hihihi

      Delete