My Blog List

My Blog List

Friday, 7 March 2014

IKEA : Meatball Dan Karipap

Hi.. Salam Makan lagi...
 
Mesti ramai pengemar meatball dan karipap IKEA ni kan.. Sama juga dengan kami.
Sambil-sambil shoping,makan-makan sini..
Yang cheesedankejubakar dok perasan meatball ni sedikit kecil berbanding dulu. Kalau tak dulu nak habiskan 10 biji pun mengah hihihi....
Almond cake tu sedap! Memang kegemaran kami...
Karipap dan Salman ball pula boleh beli di cafĂ©. Karipap sedap tu mesti beli kalau ke sini. Salman ball tu biasa2 je.. bukan kegemaran kami.
 
Kami selalu ke sini hari Jumaat (petang) orang tak ramai sangat, tak yah nak beratur panjang2 semata2 meatball tu. Kalau nak pergi Sabtu, pagi-pagi sebelum pukul 10  dah dok terpacak situ.hihih.. Hari Sabtu/Ahad atau cuti umum comfirm penuh... Tak sanggup nak bersesak2 dan beratur panjang2... 

Ok Layan gambar je..

 
 Ramai pengemar ni
 
 
 
 
Orang tak ramai
 
 
 Sila2
 
 
 
 Sedap!!
 
 Yang ni biasa2 je..
 
 Karipap IKEA
 
 New! Salman Ball
 
 
 
 
 
 Sangat suka Expedit ni
 
 Expedit shelving unit
 





Misi melengkapkan siri Expedit+Lekman tercapai

Tuesday, 4 March 2014

Durian Crepe Sedap! HomeMade@ KL

Salam Makan...

Setakat ini,  inilah Durian Crepe tersedap pernah cheesedankejubakar makan. Homemade je tau. (Taman Melawati, Kuala Lumpur)
Ok kita tengok gambar. Kami beli dua paket untuk di cuba. RM 6.00 je se paket.  Yang Warna kuning tu original durian, yang warna pink tu perisa Oreo. Ada satu lagi warna hijau untuk perisa mangga (tiada dalam gambar)
 


 Original durian
 
Perisa Oreo



Komen cheesedankejubakar:

Durian crepe  tu  gebu, comfirm menjadi rebutan, especially kepada pengemar durian seperti kami.
Kulit yang nipis serta krim yang sangat sedap dan ditambah pula dengan isi durian.. Yummy! Yang perisa Oreo pun sama, sedappp..

Thursday, 27 February 2014

AUNTIE KOPITIAM, WANGSA WALK, KL

Assalammualaikum..

Minat untuk menulis blog pasal jalan2 makan2 ni semakin berkobar2 memandangkan banyak lagi tempat makan menarik yang hendak dikongsi di sini.
Kali ini cheesedankejubakar ke Wangsa Walk Mall, ke sini biasa la tengok wayang atau  main bowling. Perut lapar, kaki berjalan, hati cakap 'Makan di sinilah'.
Ok kita cari info sikit pasal AuntieKopitiam di facebook


Auntie Kopitiam
Lot 1-20B & 1-20C, WangsaWalk Mall,
Wangsa Avenue, Jalan Wangsa,
Perdana 1, Wangsa Maju, 53000 Kuala Lumpur
No Tel: 03-4143 6191

Auntie Kopitiam

 
 Sirap Selasih & Ice Lemon Tea je..
 

Nasi Pandan Ayam Kunyit


 Bersih & Selesa

Nasi Pandan Special

Bukti pembelian ini mesti ada..

 

 
Komen cheesedankejubakar:

Nasi Pandan Special tu set dengan Ice Lemon Tea sekali . Macam ala-ala nasi lemak gitu. Ayam goreng lembut dan diberi perisa. Sedap.
Nasi Pandan Ayam Kunyit tu Mr MM punya, sedap juga katanya. Ayam pun lembut dan di beri perisa kunyit, cuma agak berminyak sikit..
Ada banyak lagi menu di sini nak ambil gambar menu di kaunter hihihi segan la pulak...



Monday, 24 February 2014

NANDOS @ Gombak

 
Dah lama rasanya tak makan di Nandos ni.. Sesekali apa salah.. kalau selalu memang kopak la.. Kebetulan pergi time valentine hari tu dekorasi pun ala-ala alam percintaan gitu .. Kami ke sini bukan nak sambut Valentine ye. Nak MAKAN je...

Kita share gambar je la.


 Caramel  Cheese Cake (RM7.90)
 

 Set ni RM 17.90
 
 Set ni pun RM 17.90
 

Makan + Gov Tax + Service Charge
 
 
 
 
Komen cheesedankejubakar:
 
Bagi kami agak mahal la ditambah ada  tax 10% tu.
Terkejut dengan  Gov Tax (rm3.63) dengan Service Charge 10% (rm6.05) .Tengok je la resit bukti pembelian tu.
 
Peri-Peri Chiken (Hot) tu sedap juga la,  yang bestnye  Peri-Peri Chiken  lembut je.. hihihi.. Maybe lain orang lain citarasanya. Kalau kami memang pengemar tegar Kenny Rogers Roasters. Teringin makan Kenny Rogers Roasters la pulakkk....

 



Sunday, 16 February 2014

ICE ROOM, PRIMA SRI GOMBAK.

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Cuaca sangat panas sekarang ni,  teringin pula makan sesuat yang sejuk...mmmm...  apa lagi ice cream la..
Destinasi seterusnya cheesedankejubakar ke ICE ROOM di Prima Sri Gombak. Terletak di sebelah Hong Leong bank dan Secret Recipe.







 Ice cream pilihan

 Pelbagai pilihan mee/bihun
 Nasi pun ada maa..
 Menu western

Pelbagai pilihan air


 Curry Mee..Sedap!!
 Spagetti with cream sauce
 Guava Snow Ice

 Oreo Snow Ice

 Dragon Fruit Juice
 Harga ok, dapat makan ice cream lagi
Komen cheesedankejubakar:
Guava Snow ice & Oreo Snow ice tu yummy!!. My Favorite!!. Kalau ke sini mesti akan order Oreo Snow ice atau Durian Snow ice. Air Dragon Fruit tu sedap juga.
Spagetti  tu bagi cheesedankejubakar biasa-biasa je. Tapi Mee Kari tu seruis sedap. Dah jadi kegemaran Mr MM dah setiap kali datang sini mesti order Mee kari  tu.  (*^_^*)


Sunday, 9 February 2014

CLAYPOT SIZZLING @ FOOD COURT,SOGO KL

Hi
Makan di mana? Makan di  Claypot Sizzling, Sogo Food Court.

Saje je nak post tempat ni, blog aku, suka hati aku la..hihi

Mee cendawan tu dihidang dalam kuali kecil..  Kalau mak2 & nenek2 kami di kampung mesti akan cakap "Dah tak ada pinggan ke? Kenapa hidang dalam kuali?"... (*^_^*)



 
 
Harga RM 5.50 je

Komen cheesedankejubakar:

Mee Cendawan tu biasa-biasa aje..


THE LOAF, SOGO KL

(*^_^*)  Assalamualaikum..

Sebenarnye ke Sogo ni nak shopping. Tapi bukan nak cerita pasal shopping..
Cerita pasal MAKAN la.
The Loaf, Sogo Kuala Lumpur, sesiapa yang selalu ke Sogo mesti dah biasa tempat ni.
Hajat nak makan di situ, penuh pula. Take away je la.
 Curi-curi ambil gambar.
 The Loaf Bakery
 Lemon Cream Cheese
 Fish Tar Tar
 Mixed Nuts Croissant
 Galette Coco Choco
 Pizza Tomato
Harga ok

Komen cheesedankejubakar:
Lemon Cream Cheese & Fish Tar Tar tu serius sedap!! favourite kami.
Mixed Nuts Croissant, Galette Coco Choco & Pizza Tomato bagi cheesedankejubakar ok2 la juga,  pastrinya  rangup diluar & lembut di dalam.