My Blog List

My Blog List

Saturday, 29 March 2014

Eksotik Foods: Restoren Lembah Bernam, Sekinchan, Selangor

Makanan Eksotik? Eksotik di restoren ni bukan merujuk kepada katak, ular, biawak hihihi... Daging Landak pernah makan dak? Itulah keistimewaan Restoren ni.
Ok kali ni cheesdankejubakar JJCM jauh sikit ke Sekinchan, Selangor. Restoren ni lebih kurang 1 jam lebih dari KL, itupun kalau ikut highway LATAR terus ke Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sekinchan. Restoren ni bukan terletak di tepi jalan utama, kena lalu kawasan kampung dan sawah padi. Sepanjang perjalanan ke restoren ni tenang je jiwa dan raga kami, tengok pemandangan sawah padi yang menghijau... Cantik ciptaanNya..
Masakan eksotik yang ada di sini   seperti  Landak, Rusa, Pelanduk, Kancil, Arnab, Itik, Belut, Ayam Kampung, Ayam Hutan, Burung Puyuh dan Burung Wak - Wak.
Selain itu restoren ini juga turut menyajikan masakan kampung seperti ikan baung, ikan tapah, ikan Sepat, Ikan Puyu, Ikan Keli dan Udang Galah serta ulam-ulaman
Ni alamatnye:
Jalan Main Canal, Tali Air 9, Pasir Panjang
45400 Sekinchan, Selangor
H/P: 019 2133665/017 2858603
11.00 am - 5.00 pm
(Jumaat Cuti)
  GPS : N 3 42'32" E 101 10'33" 

Indahnye pemandangan!!

 Restoren Lembah Bernam akhirnya kami sampai juga.

 Pelbagai masakan kampung

  Banyak pilihan eksotik

 Makan masakan kampung mesti ada sambal belacan
 Ikan Baung masak tempoyak
 Ulam - ulaman kampung (Orang cakap ni daun tenggek burung yea??)
 Menunggu hidangan eksotik pilihan kami tiba
 Restoren yang  berkonsepkan desa



 Daging Kijang masak black pepper (200gram = RM 24.00)
 Udang Galah masak cili merah (saiz sederhana = RM15.00)

 Burung Wak-Wak (RM7.00 seekor)
Selamat menjamu selera
Komen cheesedankejubakar:
Kami suka makan dalam suasana kampung begini.. rasa begitu dekat dengan kampung tercinta.. haha.
Kalau berhajat ke sini di syorkan call dahulu, Untuk masakan eksotik tu kena order yea.
Daging eksotik ni ikut masa dan musim. Kebetulan semasa kami ke sini musim kijang, so orderlah kijang. Rusa dan landak pula dah habis. (Nyesal pulak tak call/datang awal)
 Daging Kijang masak black pepper, pertama kali makan daging kijang ni.. tak tau nak cakap macam mana, yang pasti masakan tu sedap, daging kijang tu di masak lembut, dan tak bau macam kambing/lembu.
Burung Wak-Wak goreng rempah rasa macam burung puyuh tapi daging burung ni liat sikit.
 Udang Galah masak cili merah tu wajib order, itu memang kegemaranku.. pun sedap juga.
Ikan Baung masak tempoyak tu  memang sudah sedia ada. Rasa pun sedap!  

Ada satu lagi restoren seperti ini yang terletak di Kampung Sungai Panjang, Sungai Besar, Selangor,  Restoran Selera Rimba. InsyaAllah akan kami terjah juga.




5 comments:

  1. landak sedap, pernah makan sekali je dulu.. sangat lembut dagingnya

    ReplyDelete
  2. ooo... yeke.. kena dtg lg ni try daging landak lak...

    ReplyDelete
  3. pernah makan di res selera rimba tu. situ pun sedap juga.

    ReplyDelete
  4. Respect and that i have a swell proposal: Who Does House Renovation split level home remodel

    ReplyDelete