My Blog List

My Blog List

Saturday, 8 February 2014

IKAN BAKAR, PANTAI JERAM, KUALA SELANGOR

Salam..
Minggu ni agak rajin update blog, dalam telepon ni dah banyak dah gambar terkumpul JJCM. Ini masa yang sesuai untuk kongsi bersama.
Kali ini cheesedankejubakar ke RESTORAN IKAN BAKAR PANTAI JERAM, Kuala Selangor.
Restoren ni lebih kurang 45 minit dari Shah Alam dan 1 jam lebih dari Kuala Lumpur.
Ada banyak kemudahan di sini seperti surau, tandas awam, tempat letak kenderaan dan  taman permainan
Alamat:
Restoran Ikan Bakar Pantai, Jeram
Pantai Jeram, Batu 19
Jalan Pantai Jeram
45800 Jeram
Selangor Darul Ehsan
Buka : 5.00 petang – 1.00 pagi

           Bekas sambal kicap & cili 
 Sotong goreng tepung
 Ketam cili
Udang butter


 Ikan cencaru bakar


Agak murah juga.



Komen cheesedankejubakar:

Setiap kali datang ke sini mesti kami akan pilih, bukan hari minggu atau waktu gaji, sebabnya kalau time tu mesti full, datang awal sikit, maghrib solat di surau yang disediakan. Kalau lambat sikit ramai orang, dan pilihan pun tak banyak. Dia masak pun kadang-kadang ala kadar je (ye la ramai orang).

Di sini ada banyak pilihan ikan cencaru,pari,jenahak,kerapu dan sebagainya.  Ketam, udang, kerang, belangkas pun ada.Dan ada pelbagai lagi pilihan seafood yang lain. Yang paling penting semuanya segar2 lagi.

Kami pilih ketam masak cili, sedap! ketam pun banyak isi. Sotong goreng tepung tu biasa-biasa je sebab kurang garing. tapi okla juga rasanye. Udang pula masak butter, kali ini kami dapat pilih udang yang besar2, puas makan. Cencaru pula bakar ditambah pula dengan sambal kicap + sambal cili yang memang sudah tersedia di atas meja. Sambal tu memang sedap.Hajat di hati nak juga order ikan jenahak, pari, kerapu tapi ikan tu besar2. Kami ni berdua saja, risau tak habis pula. Lain kali la ke sini lagi  ajak sama family or kawan2.

Harga di sini pun masih lagi berpatutan berbanding restoren ikan bakar yang lain. Apa lagi JOM la..





No comments:

Post a Comment