Lama sudah tak update blog ni.. Sebulan dah rasanya. Kami sibuk ke Utara (Perlis dan Kedah) atas urusan kerja Mr MM merangkap jalan-jalan dan makan-makan. Hahaha. Bestnye la duduk utara banyak tempat menarik dan tempat makan yang best dan sedap..
Ok Kami nak berkongsi tempat makan menarik di Perlis dulu naa.. Setelah seharian penat jalan/pusing Perlis dari Wang Kelian ke Padang Besar ke ladang mempelam mencari Harumanis. Dan destinasi makan malam kami di Mona Ikan Bakar, Kuala Perlis.
Alamat:
KomaLaut
(Kompleks Makanan Laut Negeri Perlis)
02000 Kuala Perlis, Perlis
Peta copy dari Kedah2u.com.. tq2
(Kompleks Makanan Laut)
Tu dia gerai no7
8 orang makan, masing-masing pilih air lain2..
Ulam - ulaman dan Ikan Kerapu Bakar
Kegemaran ramai Sotong goreng Tepung
Tomyam Seafood dan sebahagian makanan yang ada dekat kami
Lala masak cili dan Kupang masak halia
Perhatikan SEBELUM dan SELEPAS.
Komen:
Sedap! Lagi-lagi bila ada orang yang belanja. Semua masakan di sini memang sedap la.
Wah! tak rugi kami ajak Mr MM makan ke Mona Ikan Bakar ni. Yang menjadi kesukaan kami ialah Tomyam Seafood dan Lala masak cili.. Ikan kerapu bakar dibakar dengan cili rasa perapan cili tu. Ikan sedap dan segar tapi malang air asamnya cair.
Jumlah untuk 8 orang makan, 2 hidang (3 sotong goreng tepung, 2 kupang masak halia, 2 lala masak cili, 2 tomyam seafoods, 2 ikan kerapu bakar, 2 baby kalian, 2 Ulam-ulaman, Sambal belacan/air asam, 8 air dan nasi berjumlah RM250 sahaja. MURAH!. Alhamdulilah semuanya habis takut tak habis je. Terasa banyak pulak menu yang di order. Terima kasih kepada Mr MM yang sudi belanja malam tu..
Dengan pesanan kepada Mr MM kalau ke Perlis kita ke sini lagi naa. Haha